Ratusan burung mati selepas rempuh bangunan WTC

NEW YORK - Ratusan burung yang terbang ke arah bandar raya New York mati apabila merempuh bangunan One World Trade Center (WTC) yang baharu beberapa hari lalu.
Seorang sukarelawan yang memantau kejadian burung itu, Melissa Breyer mendakwa terdapat kira-kira 291 ekor haiwan itu ditemui mati di sekitar bangunan tersebut pada Selasa lalu.
Breyer dilaporkan mengutip 225 bangkai burung kecil yang jatuh di sekitar kawasan pejalan kaki di bangunan WTC itu.
Sebanyak 30 ekor lagi haiwan itu yang ditemui masih hidup tetapi memerlukan rawatan dan dihantar ke pusat pemuliharaan hidupan liar.
Antara jenis burung yang mati itu ialah burung siul.
Burung-burung yang mati itu dipercayai kerana tertarik kepada lampu-lampu dibiarkan terpasang di tingkat tinggi bangunan tersebut.
Lampu dan pantulan cahaya pada kaca di bangunan setinggi lebih 540 meter tersebut mengakibatkan burung-burung tersebut berasa keliru. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
Angka korban perlanggaran tren laju di Sepanyol meningkat kepada 64 orang
28 Oktober 2026 10:19pm10 maut, dua kereta api laju bertembung di Sepanyol
28 Oktober 2026 06:25pmSelepas tewas Pilihan Raya Presiden Brazil, Flavio Bolsonaro lari ke AS?
28 Oktober 2026 06:02pmKem Netanyahu mendahului, gagal kuasai majoriti kerusi Knesset
28 Oktober 2026 04:58pmKanak-kanak 10 tahun mengadu sakit perut, rupanya hamil enam bulan
28 Oktober 2026 07:10am[VIDEO] Suami isteri ditahan bawa wang tunai RM2.9 juta tanpa isytihar
28 Oktober 2026 01:11pmKepala pempengaruh 16 tahun ditemukan dalam beg plastik hitam
28 Oktober 2026 07:30am
