Ahmad Mustakim ditahan di Somalia, disyaki terlibat kumpulan Al-Shabaab

Saifuddin menyampaikan kuih bulan kepada masyarakat Cina secara pandu lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Sabtu.
Saifuddin menyampaikan kuih bulan kepada masyarakat Cina secara pandu lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN- Seorang rakyat Malaysia telah ditahan di Somalia dan didakwa berdepan dengan tindakan perundangan di negara itu susulan disyaki terlibat dengan kumpulan Al-Shabaab baru-baru ini

Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Wisma Putra dimaklumkan penahanan itu membabitkan seorang lelaki yang bernama Ahmad Mustakim Abdul Hamid.

Menurut beliau, pihaknya yang memantau secara rapat perkembangan itu difahamkan, penahanan itu dipercayai Ahmad Mustakim memasuki negara berkenaan kerana pembabitannya dalam aktiviti kumpulan Al-Shabaab.

"Saya difahamkan pegawai Kedutaan Besar Malaysia di Khartoum, Sudan telah pun berhubung dan mengadakan lawatan konsular Ahmad Mustakim. Lawatan itu, bagi memastikan kesihatan dan kebajikannya sentiasa terpelihara.

"Malah, pihak kita menerusi kedutaan akan memantau perkembangan kes ini dan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepadanya," jelas beliau.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya majlis agihan kuih bulan secara pandu lalu di Pusat Khidmat Parlimen Indera Mahkota di sini pada Sabtu.

Saifuddin menjelaskan, setakat ini negara berkenaan sudah membenarkan kedutaan negara untuk membuat lawatan konsular.

Malah, katanya keluarga Ahmad Mustakim juga telah dimaklumkan mengenai situasi dan perkembangan dirinya.

Artikel Berkaitan:

Tambah beliau, pihaknya akan memastikan Ahmad Mustakim dibicarakan secara adil berlandaskan perundangan.

"Kerajaan Malaysia menghormati undang-undang negara terbabit, namun kita akan memastikan apabila didakwa di mahkamah, Ahmad Mustakim akan diberikan hak untuk mendapat keadilan dan diadili sewajarnya," kata beliau.