Jawatan bertaraf menteri hanya pembaziran: Dr Mahathir

Dr Mahathir
Dr Mahathir
A
A
A

LANGKAWI - Tindakan kerajaan melantik ahli politik bagi mengisi jawatan bertaraf menteri merupakan pembaziran kepada negara.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, peruntukan dibayar kepada mereka sepatutnya disalurkan untuk membantu rakyat yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Katanya, penglibatan ahli politik dalam badan-badan kerajaan juga harus dihentikan kerana ia hanya memberi manfaat berat sebelah kepada individu tertentu.

"Mana perkara boleh tangguh, tangguh dan yang perlu didahulukan adalah masalah rakyat. Ini penting kerana mereka takut dijangkiti penyakit. Ada ramai mati dan sudah ramai tak tahan dengan 'lockdown'.

"Perkara yang tak penting kerajaan ada pula duit. Ada macam-macam duit untuk benda-benda politik tetapi berkenaan masalah rakyat tidak diberi perhatian," katanya dalam sidang media di pejabat Ahli Parlimen Langkawi di sini pada Jumaat.

Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu turut menegaskan tidak pernah menerima tawaran rasmi daripada mana-mana pihak termasuk daripada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi mengisi jawatan sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Langkawi itu mengesahkan, wujud perbincangan membabitkan beliau bersama Perdana Menteri berkaitan perkara terbabit sebelum ini.

Artikel Berkaitan: