Lawan arus: Kes disiasat di bawah Seksyen 302

Pada awal pagi Ahad, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini. (Gambar kecil: Baharudin)

A
A
A

SHAH ALAM - Kemalangan mengakibatkan dua maut akibat insiden lawan arus pada awal pagi Ahad diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek akan dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan sambungan reman.

"Kes ini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Kenyataan media akan dikeluarkan selepas selesai proses sambungan reman," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Pada awal pagi Ahad, dua maut apabila kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu melawan arus di Kilometer 8.5 Lebuh Raya Persekutuan di sini.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua remaja maut kereta dirempuh Triton lawan arus

Artikel Berkaitan: