Jijik, ikan kering dijemur jadi santapan anjing

Kelihatan anjing sedang menikmati ikan kering yang dijemur dan didakwa berlaku di sebuah kawasan di Langkawi.
Kelihatan anjing sedang menikmati ikan kering yang dijemur dan didakwa berlaku di sebuah kawasan di Langkawi.
A
A
A

KANGAR - Pihak berkuasa perlu memandang serius selepas banyak aduan berkaitan kebersihan pemprosesan makanan membabitkan ikan dan udang kering di kawasan Utara diterima oleh Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU).

Presidennya, Che Johan Che Hassan berkata, pihak yang berkaitan terutama pihak berkuasa tempatan perlu berada di barisan depan dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini.

Menurutnya, insiden enam ekor anjing di sebuah kawasan jemuran ikan kering di Langkawi yang memijak dan memakannya tidak boleh dipandang ringan.

"Tindakan mesti dicepatkan supaya masalah ini tidak berlanjutan. Kita tahu bulan puasa akan datang tak berapa hari lagi, saya ingat ikan masin adalah pembuka selera umat Islam untuk buka puasa atau makan sahur.

"Elakkan makanan kita tercemar di saat kita menjalani ibadah puasa," katanya dalam satu sidang media di sebuah hotel, dekat sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu rakaman video yang telah diambil oleh seorang krew media penyiaran yang kebetulan berada di kawasan tersebut.

Che Johan (duduk, tengah) menjelaskan tentang banyak aduan berkaitan kebersihan pemprosesan makanan membabitkan ikan dan udang kering di kawasan utara yang diterima oleh pihaknya.
Che Johan (duduk, tengah) menjelaskan tentang banyak aduan berkaitan kebersihan pemprosesan makanan membabitkan ikan dan udang kering di kawasan utara yang diterima oleh pihaknya.

Artikel Berkaitan:

Difahamkan, krew-krew terbabit telah berusaha untuk menghalau anjing-anjing berkenaan namun binatang tersebut bertindak agresif dan kawasan berkenaan antara salah satu destinasi terkenal dalam menghasilkan produk bersumberkan ikan bilis, udang dan ikan kering.

Bagaimanapun, kebanyakan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tersebut bukannya rakyat tempatan malah ada yang langsung gagal berinteraksi dalam bahasa Malaysia dan melarikan diri sebaik dihampiri krew tersebut.

Dalam pada itu, Che Johan mengakui ikan kering yang diproses di kawasan tersebut adalah untuk pasaran di seluruh Utara negara terutamanya Perlis dan Kedah.

Jelasnya, berdasarkan rekod persatuan tersebut, kira-kira 95 peratus pengusaha ikan dan udang kering terdiri dari pengusaha bukan Melayu dan pembelinya pula adalah majoriti orang Melayu.