Lebih 3,000 tiba di Pulau Langkawi

Nancy (kiri) bersama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (tiga,kiri) menyambut kedatangan pelancong yang tiba di Langkawi pada hari pertama Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi di sini pada Khamis.
Nancy (kiri) bersama Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor (tiga,kiri) menyambut kedatangan pelancong yang tiba di Langkawi pada hari pertama Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi di sini pada Khamis.
A
A
A

LANGKAWI - Seramai 3,200 pelancong tiba di Langkawi melalui jalan udara dan laut pada Khamis sempena hari pertama pelancaran Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata, penerbangan pertama yang membawa 159 penumpang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selamat tiba pada jam 10.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Katanya, sebanyak 18 penerbangan dijadualkan tiba sepanjang Khamis dengan jumlah penumpang seramai 2,200 orang.

"Kira-kira 1,000 pelancong lagi masuk ke pulau ini melalui perkhidmatan feri dan feri pengangkutan (RORO) dari Terminal Kuala Perlis," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini ketika menyambut penerbangan pertama yang tiba di Langkawi pada Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurutnya, pihaknya menyasarkan kedatangan pelancong ke Langkawi seramai 30,000 bagi tempoh dua minggu pertama projek rintis terbabit.

"Manakala bagi tempoh sehingga Disember ini, kita menjangkakan kedatangan pelancong akan mencapai 200,000 orang.

Artikel Berkaitan:

Rosmazaini (kanan) bersama ahli keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dalam penerbangan pertama sempena Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi di sini pada Khamis.
Rosmazaini (kanan) bersama ahli keluarga tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dalam penerbangan pertama sempena Projek Rintis Gelembung Pelancongan Langkawi di sini pada Khamis.

"Hari pertama pelancaran ini menjadi hari yang penting untuk dijadikan penanda aras oleh pelancong bagi menentukan hari-hari seterusnya," katanya.

Sementara itu, seorang pelancong, Rosmazaini Mohd Zain, 50 berkata, mereka sekeluarga rasa bertuah kerana menjadi antara orang terawal tiba di Langkawi.

"Saya sudah menempah tiket ke Langkawi dalam tempoh yang sangat lama dan hari ini dapat terbang ke sini pada sambutan Hari Malaysia.

"Saya akan menginap di sini selama empat hari bersama ahli keluarga yang lain. Perasaan teruja itu ada tetapi tetap berjaga-jaga kerana kita masih terdedah kepada Covid-19 walaupun sudah lengkap dua dos.

"Alhamdulillah ujian pengesanan Covid-19 kami sekeluarga berjalan lancar walaupun menerima notis saat akhir mengenai keperluan menjalani ujian terbabit.

"Mereka menyediakan kit ujian terbabit secara percuma hari ini (Khamis), tetapi kami sekeluarga telah beli lebih awal sebagai persediaan," katanya.