Makanan perlu diambil oleh lelaki setelah berumur 40-an

A
A

MEMASUKI usia 40-an, semua perkara perlu lebih berwaspada. Terutama bab menjaga kesihatan diri. Kekurangan antibodi dan hormon dalam diri akan membuat satu persatu penyakit akan mengambil giliran. Berat badan pula senang je akan bertambah.

Anda adalah tunjang utama keluarga dan ketika ini juga anda perlu memberi komitmen dalam kerjaya, membesarkan anak-anak dan sebagainya.

Untuk itu, anda perlu membantu tubuh badan dalam mengambil makanan dapat membekalkan nutrisi dan membantu mengurangkan penyakit.

1. Ambil Herba

Kandungan semulajadinya membantu tubuh menanggani tekanan. Herba seperti moringa, ashwagandha, ketumbar, akar likuoris dan ginseng sudah lama digunakan dalam perubahan alternatif.

2. Susu

Mengandungi kandungan lengkap nutrisi seperti protein, vitamin dan mineral. Segelas susu ada 58 kalori dan 240mg kalsium dan sumber vitamin B12. Kalsium ini bagus untuk tulang, gigi dan masalah angin ahmar.

3. Jambu

Banyak jenis jambu, pilih yang mana anda rasa sesuai. Apa yang penting kandungan Vitamin C yang tinggi. Setiap 100g membekalkan 212 mg Vitamin C. Membina sistem imuniti, sumber aktioksidan dan perlindungan terhadap penyakit. Selain, menghindari kanser prostat, kesuburan, kesihatan otot, tekanan darah dan ada masalah berat badan.

4. Walnut

Bukan sahaja sedap dimakan tetapi banyak pula kebaikannya. Dengan vitamin E, melatonin, kaya antioksidan dan anti radang. Kehebatan mampu melambatkan proses penuaan, mengurangkan risiko kanser prostat dan penyakit kardiovaskular.

5. Terung

Senang diperolehi dan dapat membekalkan nutrisi. Selain kaya dengan antioksidan, phytonutrient, fenolik dan flavonoids, rendah kalori, kaya dengan serat dan kandungan air. Ia mampu menentang kerosakan radikal bebas pada tubuh dan masalah penuaan.

6. Coklat hitam

Sedikit pahit tapi banyak khasiat. Rumusan flavonoids mampu mengurangkan tekanan darah. Merehatkan saluran darah dan membolehkan aliran darah lebih perlahan sekaligus mengurangkan tekanan. Bukan itu sahaja, kandungan flavonoid mengelak masalah arteri tersumbat, mencairkan darah dan mengelak pembekuan darah. Syaratnya perlu ambil sebanyak 70% komposisi coklat hitam dan ambil secara terkawal.