446 anak kapal, anggota TUDM terlibat Eksesais Ababil

Antara pesawat yang digunakan ketika pelaksanaan Eksesais Ababil 2021 (Latihan Tembakan Kuasa Udara) di Lapang Sasar Udara (Lasarud), Kota Belud.
Antara pesawat yang digunakan ketika pelaksanaan Eksesais Ababil 2021 (Latihan Tembakan Kuasa Udara) di Lapang Sasar Udara (Lasarud), Kota Belud.
A
A
A

KOTA BELUD - Seramai 446 anak kapal dan anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk Pasukan Khas Udara TUDM (Paskau) bersama pesawat berjaya menamatkan Eksesais Ababil 2021 (Latihan Tembakan Kuasa Udara) di Lapang Sasar Udara (Lasarud), di sini pada Selasa.

Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Affendi Buang berkata, eksesais melibatkan pesawat pejuang serta aset tempur yang beroperasi di kawasan ruang udara, perairan dan daratan wilayah Malaysia Timur.

Katanya, menerusi demonstrasi penembakan udara ke permukaan bumi yang diadakan itu menyaksikan kejayaan pesawat pejuang TUDM membuat penembakan ke sasaran yang dikenal pasti.

"Kejayaan latihan ini juga merupakan hasil pengorbanan mereka bagi memastikan kesiapsiagaan TUDM sentiasa berada di tahap tertinggi," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan eksesais itu di Lasarud, di sini, pada Selasa.

Helikopter EC 725 AP turut yang digunakan ketika pelaksanaan Eksesais Ababil 2021 di Lapang Sasar Udara (Lasarud), Kota Belud.
Helikopter EC 725 AP turut yang digunakan ketika pelaksanaan Eksesais Ababil 2021 di Lapang Sasar Udara (Lasarud), Kota Belud.

Mengulas lanjut, Affendi berkata, keseragaman sistem pengurusan di peringkat strategik dan operasi bersepadu dan berteknologi terkini perlu diwujudkan bagi memastikan keperluan untuk operasi udara, latihan dan kontingensi dapat dipenuhi selaras perkembangan teknologi dan maklumat yang terkini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Affendi sebelum itu memaklumkan antara pesawat yang turut terbabit dalam eksesais ini termasuk pesawat tempur - F/A-18D Hornet, Sukhoi SU-30MKM dan Hawk 208.

"Turut sama ialah pesawat angkut - Hercules C130H, pesawat maritim - Beechcraft B200T, helikopter EC 725 AP," katanya.

Antara pesawat yang digunakan ketika pelaksanaan Eksesais Ababil 2021 (Latihan Tembakan Kuasa Udara) di Lapang Sasar Udara (Lasarud), Kota Belud.