X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 04 Disember 2021

Lelaki pandu pacuan empat roda lawan arus direman 6 hari

Laporan Sinar Harian pada Ahad.Gambar kecil : Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib
A
A

SHAH ALAM - Pemandu Mitsubishi pacuan empat roda, Mitsubishi Triton yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad direman enam hari untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek berusia 24 tahun yang diberkas di lokasi kejadian sudah dibawa ke Mahkamah Shah Alam untuk permohonan reman.

"Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor membenarkan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama enam hari bermula Ahad," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Pada Ahad, dua individu maut selepas kereta dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja

Dua remaja maut kereta dirempuh Triton lawan arus


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!