X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 20 Oktober 2021

Pemandu Mitsubishi Triton lawan arus positif ganja

Keadaan kereta Proton Wira Aeroback remuk dirempuh pacuan empat roda yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad.
A
A

SHAH ALAM - Pemandu pacuan empat roda yang memandu secara melawan arus dan merempuh sebuah kereta mengakibatkan dua maut dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan awal pagi Ahad disahkan positif ganja.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek yang berumur 24 tahun itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, bagaimanapun hubungan dua mangsa maut berusia 18 tahun dan 19 tahun itu belum dapat dipastikan.

"Setakat ini siasatan mendapati mangsa merupakan rakan dan belum dapat dipastikan ke mana tujuan sebenar mereka yang ketika itu dari arah Klang.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Dua remaja maut kereta dirempuh Triton lawan arus

Pada Ahad, dua remaja maut selepas kereta Proton Wira Aeroback dinaiki mereka dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang dipandu secara lawan arus dalam kejadian di Kilometer 8.6 Lebuhraya Persekutuan.

Siasatan awal kejadian berlaku kira-kira jam 2.09 pagi itu mendapati Mitsubishi Triton yang dipandu lelaki berkenaan datang dari arah Kuala Lumpur ke Klang secara melawan arus sebelum bertembung dengan kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandu dari Klang ke Kuala Lumpur.

Mangsa maut ialah pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18, beralamat di Taman Bayu Perdana Klang dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19, beralamat di Kelompok Camar, Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!