Perlu surat polis jika guna pengangkutan darat ke Langkawi

Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
Khairy Jamaluddin - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Individu dari negeri lain yang berhasrat untuk melancong ke Langkawi menggunakan pengangkutan darat perlu mendapatkan surat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melalui sekatan jalan raya (SJR).

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebaliknya berkata, pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu meminta kebenaran daripada polis.

“Bagi program perintis pelancongan ‘travel bubble’ Langkawi, hanya pelancong yang menggunakan pengangkutan darat dari luar negeri sahaja diperlukan mendapat surat daripada PDRM bagi tujuan rentas negeri dan SJR.

“Pelancong yang menggunakan pesawat udara tidak perlu surat polis,” jelas beliau menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Pada Khamis, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengumumkan prosedur operasi standard (SOP) bagi pembukaan semula destinasi pelancongan pertama negara iaitu Langkawi mulai 16 September ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, antara SOP berkenaan ialah destinasi itu boleh dikunjungi pelancong domestik dari seluruh negara termasuk yang berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Artikel Berkaitan: