PKPD di empat lokaliti di Perak, Pahang dan Sabah

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Tiga lokaliti di Pahang dan Sabah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 13 September hingga 26 September depan manakala satu lokaliti di Perak bermula esok hingga 25 September.

Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad berkata, PKPD di Pahang membabitkan dua lokaliti di Ladang Insanjaya dan Ladang Darabif, Pekan.

“Di Sabah melibatkan Taman Semarak Megah, Tawau manakala di Perak ialah Kampung Ulu Groh, Kampar,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Dalam kenyataan sama, beliau turut memaklumkan lapan lokaliti yang dikenakan PKPD di Pahang dan Sabah ditamatkan pada 12 September seperti yang dijadualkan.

Menurutnya, lokaliti terbabit ialah Kampung Batu Balai, Kampung Congo dan Kampung Perlok, Jerantut Pahang.

“Turut ditamatkan PKPD ialah Kampung Tuhau, Matunggong Kudat, Sabah.

“Empat lagi lokaliti di Putatan melibatkan Taman Ketiau, Platinum Apartment, Taman Teluk Villa dan Projek Perumahan Rakyat Taman Sri Serigai,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: