Zaman Khan meninggal dunia

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu.
Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada pagi Sabtu.

Difahamkan, Zaman Khan,78, meninggal dunia pada jam 10.15 pagi dan jenazah akan disembahyangkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas Asar.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) awal bulan lalu selepas dilaporkan pengsan ketika menunggu janji temu dengan doktor.

Beliau menyandang jawatan sebagai Pengarah JSJ Bukit Aman pada tahun 1993 dan bertanggungjawab dalam beberapa kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) serta P Kalimuthu yang dikenali sebagai Bentong Kali.

Beliau merupakan pegawai polis yang terawal tiba di lokasi tragedi runtuhan Highland Tower pada tahun 1993.

Selain itu, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 sebelum menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.

Artikel Berkaitan: