Pra sekolah perlu berdaftar di bawah JPN

Nie Ching (kiri) menandatangani plak perasmian Pusat Jagaan Kanak-kanak Brainy Bunch di Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM.
Nie Ching (kiri) menandatangani plak perasmian Pusat Jagaan Kanak-kanak Brainy Bunch di Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM.
A
A
A

SKUDAI - Pra sekolah swasta digalakkan agar mendaftar dengan Jabatan Pendidikan Pendidikan Negeri (JPN), demikian menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching.

Beliau berkata, selain berdaftar, pra sekolah swasta ini juga perlu menggunapakai Kurikulum Prasekolah Kebangsaan.

"Setakat ini, 92 peratus pra sekolah swasta yang berdaftar dengan JPN, berbeza di sekolah rendah dan menengah yang mana kebanyakan mereka belajar dan menuntut ilmu di sekolah kerajaan," katanya.

Ia bermaksud pra sekolah swasta menjadi pilihan dan kerana itu diharap mereka berdaftar dengan JPN dan gunapakai kurikulum bagi memastikannya mencapai standard yang ditetapkan.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Perasmian Pusat Jagaan Kanak-kanak Brainy Bunch di Fakulti Alam Bina dan Ukur, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTM, Prof Datuk Dr Wahid Omar.

Sementara itu, Nie Ching berkata, sebanyak 98 peratus murid peringkat sekolah rendah seluruh negara yang sudah berdaftar menerusi Program Ziarah Cakna yang diperkenalkan kementerian pendidikan pada awal tahun ini.

"Bagaimanapun, baki dua peratus yang dikenal pasti menyebabkan keciciran berlaku adalah bukan warganegara, selain berkemungkinan faktor kemiskinan dan ibu bapa kurang pengetahuan mengenai kepentingan pendidikan," katanya.

Artikel Berkaitan: