Bayi perempuan ditemui atas rumput

Bayi perempuan yang ditemui masih dengan tali pusat dan uri berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan pada Selasa.- FOTO: Ihsan PDRM
Bayi perempuan yang ditemui masih dengan tali pusat dan uri berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan pada Selasa.- FOTO: Ihsan PDRM
A
A
A

SEREMBAN - Seorang bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui ditinggalkan di atas rumput berdekatan rumah kongsi berhampiran Precint 3, Taman Ara Sendayan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis menerima maklumat berkenaan penemuan bayi itu pada jam 11.52 pagi daripada seorang lelaki.

"Pemeriksaan di lokasi mendapati, bayi itu berada masih mempunyai tali pusat serta uri.

"Namun bayi itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan hanya terdapat gigitan serangga," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, berdasarkan keadaan bayi berkenaan, polis percaya bayi yang bangsanya masih belum diketahui itu baharu dilahirkan kurang daripada 12 jam.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi.

"Bayi terbabit telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk tindakan lanjut.

"Orang awam yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian itu diminta tampil menghubungi pihak polis untuk siasatan lanjut," katanya.

Artikel Berkaitan: