Negara perlukan pemimpin seperti Tun M ketuai MPN

Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin (kiri) dan Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi menunjukkan memorandum kepada media di pekarangan pintu masuk Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Kuala Lumpur pada Isnin.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Negara memerlukan pemimpin kompeten dan terbukti mampu menguruskan negara seperti bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengetuai Majlis Pemulihan Negara (MPN).

Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi berkata, tiada sebab mengapa jawatan Pengerusi MPN bertaraf menteri diberikan oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Selaku Ketua Sekretariat Reset Malaysia bersama 116 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong penstrukturan MPN, kami merasakan bahawa Muhyiddin telah pun gagal apabila beliau menjadi Pengerusi MPN sebelum ini.

"Jadi kita tidak nampak sebab kenapa perlu letakkan seorang pengerusi yang telah pun gagal mentadbir negara sewaktu pandemik Covid-19 sebagai pengerusi MPN sekali lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas penyerahan memorandum memohon limpah perkenan Majlis Raja-Raja di Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pada Isnin.

Pada Sabtu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali memaklumkan bahawa Muhyiddin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Pengarah Reset Malaysia, Dr Abu Hafiz Salleh Huddin dan Ketua Sekretariat Reset Malaysia, Dr Nurul Ashikin Mabahwi ketika menyerahkan memorandum di luar Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, Kuala Lumpur pada Isnin.

Beliau berkata, pelantikan berkenaan sudah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Artikel Berkaitan:

Pada 24 Ogos, Gerakan Reset Malaysia menyerahkan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon agar penubuhan MPN perlu diletakkan di bawah Seri Paduka Baginda.

Mengulas lanjut, Dr Nurul Asyikin memaklumkan, pihaknya turut kecewa dengan tindakan kerajaan yang memikirkan jawatan dan kuasa politik dengan meletakkan seseorang terbukti gagal sebagai Pengerusi MPN.

"Oleh itu, kami menuntut agar seorang pemimpin yang telah terbukti menguruskan negara untuk mengetuai MPN dan mencadangkan Dr Mahathir.

"Kami merasakan perlu seseorang yang kompeten, terbukti dan juga ternyata boleh menguruskan negara sewaktu pandemik Covid-19 untuk mempengerusikan MPN," katanya.