X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

'Hujan lebat, nampak kabus tebal di puncak Gunung Hitam'

Kenderaan pasukan penyelamat berada di lokasi kejadian.
A
A

SHAH ALAM - Seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan kawasan Sungai Lui hujan lebat dan kelihatan kabus tebal di puncak Gunung Hitam, Hulu Langat pada Ahad.

Menurut perkongsian Haiyi Hassan turut memaklumkan, sewaktu dia dalam perjalanan keluar dari Sungai Lui ternampak banyak pasukan menyelamat masuk ke hulu dengan membunyikan siren.

"Saya harap semua selamat dan dipermudahkan (usaha mencari dan menyelamat tujuh remaja dilaporkan hilang di Gunung Hitam)," katanya.

Haiyi turut berpesan kepada pendaki supaya lebih berhati-hati dan merancang pendakian dengan baik.

"Maklumlah PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) lama duduk rumah.

"Badan sudah lama tidak mendaki. Keterujaan boleh membahayakan diri. Harap dijauhkan daripada sebarang kecelakaan," tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 7 remaja lelaki hilang di Gunung Hitam, Hulu Langat

Sinar Harian melaporkan, tujuh remaja dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Hitam berdekatan Sungai Lui, Hulu Langat di sini pada Ahad.

Menerusi status dimuat naik seorang pemilik akaun Facebook memaklumkan, kejadian dipercayai berlaku apabila terserempak dengan jentera bomba dan ambulans di lokasi kejadian.

Menerusi perkongsian gambar di Facebook sama menunjukkan papan tanda mengandungi maklumat ringkas berhubung kejadian itu daripada pasukan mencari dan menyelamat.

Antara maklumat pada papan tanda itu memaklumkan kesemua tujuh lelaki yang hilang itu berusia 18 tahun.

Pendakian dipercayai melalui trek dari Kem Sungai Lawing untuk mandi ke sungai, bagaimanapun kesemua mereka terkandas di lereng bukit selepas hujan.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!