Amanah Selangor persoal tindakan PM lantik Muhyiddin

Wan Anwar Wan Ibrahim
Wan Anwar Wan Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (Amanah) Selangor mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melantik Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) bertaraf menteri.

Pengarah Komunikasinya, Wan Anwar Wan Ibrahim berkata, bekas Perdana Menteri itu ternyata gagal dalam menggalas peranan yang sama iaitu membawa negara keluar dari pandemik Covid-19.

"Bagaimana seorang yang telah ditolak sebelum ini boleh dilantik semula.

"Saya berpandangan pelantikan ini telah mengesahkan bahawa Perdana Menteri sebenarnya hanyalah semata-mata boneka kepada Tan Sri Muhyiddin sahaja," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Justeru, beliau berkata, rakyat perlu membuat pilihan terbaik dalam pilihan raya umum akan datang kerana kerajaan gabungan Perikatan Nasional 2.0 itu ternyata sekali lagi gagal untuk memahami nurani rakyat.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, keputusan melantik Muhyiddin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibuat Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 1 September lalu.

Pelantikan itu juga telah disembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Ia dibuat atas dasar keyakinan kerajaan terhadap kemampuan Muhyiddin untuk menerajui strategi pemulihan negara demi mencapai impak ekonomi terbaik dan memulihkan semula kehidupan rakyat yang terjejas teruk akibat Covid-19.

Artikel Berkaitan: