'Xhaka, sila dapatkan suntikan vaksin'

Xhaka ketika dilayangkan kad merah semasa aksi menentang Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad pada 28 Ogos lalu.- Foto AFP
Xhaka ketika dilayangkan kad merah semasa aksi menentang Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad pada 28 Ogos lalu.- Foto AFP
A
A
A

PENGURUS AS Roma, Mourinho menyarankan pemain Switzerland, Granit Xhaka supaya mengambil suntikan vaksinasi selepas pemain tengah Arsenal tersebut didapati positif Covid-19 baru-baru ini.

Kapten Switzerland berusia 28 tahun itu, terpaksa disisihkan daripada aksi persahabatan menentang Greece selepas didapati positif Covid-19 pada hari perlawanan.

Jurucakap pegawai untuk skuad kebangsaan Switzerland mendakwa media bahawa Xhaka tidak mendapatkan vaksinasi.

“Granit Xhaka, sila dapatkan suntikan vaksin dan selamat,” ujar Mourinho di laman komen media sosial Xhaka.

Xhaka sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke AS Roma, namun Arsenal dilaporkan menolak tawaran kelab Serie A tersebut.

Switzerland akan melayan kunjungan Itali dalam aksi kumpulan C Kelayakan Piala Dunia pada Isnin sebelum ke Belfast menentang Ireland Utara pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: