Liek Hou sumbang emas kedua negara

Liek Hou. - Foto FB Majlis Sukan Negara (MSN)
Liek Hou. - Foto FB Majlis Sukan Negara (MSN)
A
A
A

ATLET badminton para negara Cheah Liek Hou melakar sejarah tersendiri apabila meraih pingat emas bagi acara perseorangan lelaki (SU5) Sukan Paralimpik Tokyo 2020 apabila menewaskan pemain Indonesia, Dheva Anrimusthi 21-17, 21 pada aksi final di Stadium Nasional, Yoyogi petang tadi.

Sekali gus, ia merupakan emas kedua buat kontinjen negara pada temasya Paralimpik kali ini setelah atlet powerlifting, Bonnie Bunyai Gustin meraih emas pertama negara, 27 Ogos lalu.

Aksi set pertama dilihat berlangsung sengit dengan kedua-dua pemain dilihat saling mengejar mata untuk memenangi set berkenaan.

Bagaimanapun, Liek Hou menggunakan segala pengalaman yang dimiliknya untuk menewaskan Anrimusthi 21-17 dalam tempoh 22 minit.

Set kedua menyaksikan aksi lebih sengit dipamerkan kedua-dua pemain dalam usaha memburu kemenangan dan pingat emas Paralimpik pada temasya kali ini.

Seperti set pertama, kedua-dua pemain dilihat saling mengekori rapat antara satu sama lain dari segi pungutan mata.

Bagaimanapun Liek sekali lagi menggunakan pengalamannya untuk memenangi set kedua 21-15 dalam tempoh 28 minit dan sekali gus mengesahkan pingat emas kedua buat kontinjen negara.

Artikel Berkaitan: