X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 28 Januari 2022

Budak 12 tahun dirogol pemandu lori selepas berkenalan

Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A

KLANG - Polis menahan seorang pemandu lori di Bandar Bukit Tinggi, di sini, pada Rabu, selepas didakwa merogol budak perempuan berusia 12 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi WeChat.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, kejadian kira-kira jam 10.20 pagi itu dilaporkan berlaku pada 17 Ogos lalu.

"Mangsa keluar rumah dan dibawa oleh kenalannya itu ke sebuah hotel di Taman Bayu Perdana, Klang sebelum diberi minum air hingga tidak sedarkan diri dan kemudian dirogol.

"Kanak-kanak tersebut pulang pada keesokan harinya dan ibu tiri mangsa bertanyakan hal terbabit kepada mangsa yang kemudian mengaku berkenalan dengan seorang lelaki menerusi aplikasi WeChat pada hari kejadian tersebut, " katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata, hasil laporan polis yang dibuat oleh ibu tiri mangsa, sepasukan polis dari Bahagian D7 Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan menahan suspek di Bandar Bukit Tinggi, Klang, kira-kira jam 6 petang, pada Rabu.

Katanya, satu telefon bimbit dirampas untuk tindakan lanjut terhadap suspek berusia 20 tahun itu.

Tambahnya, suspek direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium