'Kita semua rindu jalani hidup normal'

Ismail Sabri
Ismail Sabri
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 digesa segera berbuat demikian agar seluruh Keluarga Malaysia boleh menjalani hidup seperti biasa.

Perkara itu ditekankan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi perkongsian hantaran di Facebook beliau pada Jumaat.

Beliau pada masa sama menyatakan rasa gembira melihat perkembangan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang diberikan kepada penerima vaksin yang sudah lengkap dua dos.

"Seronok melihat mereka yang sudah menerima dua dos vaksin menjamu selera di restoran dan beriadah di luar.

"Bagi yang masih belum lengkap, insya-ALLAH giliran anda akan menyusul tidak lama lagi.

"Kepada seluruh Keluarga Malaysia yang masih belum mendaftar untuk mendapatkan vaksin, saya menyeru agar berbuat demikian dengan segera.

"Kita semua rindu nak jalani hidup seperti sedia kala. Jom sama-sama kita ambil langkah ke fasa herd immunity," tulis beliau pada hantaran tersebut.

Dua minggu lalu, kerajaan menerusi sidang khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersetuju untuk memberikan kemudahan-kemudahan tambahan sektor sosial dan ekonomi kepada individu yang telah menerima vaksinasi lengkap bagi negeri-negeri di Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Artikel Berkaitan:

Ia termasuk kebenaran bagi aktiviti dine-in bagi negeri-negeri Fasa Satu PPN dan seterusnya.

Sebelum itu kebenaran dine-in hanya dibolehkan bagi negeri-negeri Fasa Dua PPN dan seterusnya.