Didin tewas kepada pemain India

Didin
Didin
A
A
A

PEMAIN badminton para negara, Didin Taresoh tewas 20-22, 10-21 kepada pemain India, Krishna Nagar pada saingan Badminton Perseorangan Lelaki (SH6) Sukan Paralimpik Tokyo 2020, tengah hari tadi.

Aksi set pertama menyaksikan kedua-dua pemain beraksi cemerlang dengan saling mengejar mata, namun kelebihan dilihat berpihak kepada pemain Krishna untuk menang 22-20 dalam masa 17 minit.

Set kedua menyaksikan Didin cuba memberikan tentangan namun Krishna dilihat mempamerkan aksi bertenaga sebelum menang 21-10 dalam masa 16 minit.

Didin bakal berdepan pemain Brazil, Vitor Goncalves Tavares petang ini.

Artikel Berkaitan: