Rugi RM12,700, teruja beli Iphone 11 Pro Max murah

Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

KUANTAN - Seorang pekerja kilang kerugian RM12,700 selepas terpedaya dalam urusan pembelian sebuah telefon pintar jenama Iphone 11 Pro Max yang awalnya ditawarkan pada harga RM1,400.

Mangsa, seorang wanita berusia 22 tahun berminat untuk membeli telefon tersebut selepas melihat iklannya melalui laman sosial Instagram pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, mangsa menghubungi penjualnya (suspek) menggunakan applikasi Whatapps dan bersetuju untuk membuat pembayaran pada harga yang ditawarkan melalui akaun bank yang diberikan.

Menurutnya, selepas bayaran dibuat, suspek meminta mangsa membuat bayaran tambahan atas pelbagai alasan hingga mendorongnya membayar sehingga RM11,300 melalui enam transaksi pembayaran.

"Mangsa mula curiga dan minta dibatalkan pembelian apabila suspek terus memintanya membuat bayaran.

"Ekoran tindakan itu, mangsa gagal menghubungi suspek dan syak panggilan telah disekat," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.

Mohd Wazir berkata, mangsa bukan sahaja gagal menerima telefon idamannya malah wang yang dibayar turut lesap.

"Susulan itu, mangsa tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jaya Gading di sini pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

"Polis membuka kertas siasatan kes ini di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya kini sedang mengesan dua pemilik akaun bank yang digunakan dalam kes itu bagi membantu siasatan.