X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 26 Mei 2022

Xhaka positif Covid-19

Xhaka. - Foto Football.london
A
A

BINTANG Switzerland, Granit Xhaka bakal terlepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 berdepan Itali Isnin depan, setelah disahkan positif Covid-19, pada Rabu.

Menurut satu kenyataan daripada Persatuan Bola Sepak Switzerland, pemain berkenaan disahkan positif setelah menjalani ujian kesihatan menjelang aksi persahabatan berdepan Greece.

“Xhaka dilihat memiliki simptom-simptom Covid-19 pada sebelah pagi aksi persahabatan dengan Greece dan dia kemudiannya diarahkan menjalain proses isolasi di biliknya.

“Pemeriksaan awal menunjukkannya negatif tetapi pada sebelah petang hasil ujiannya positif; dan berikutan keputusan positif berkenaan, beberapa staf pasukan berkenaan juga telah diarahkan untuk menjalani proses kuarantin.

“Xhaka kemudiannya turut diasingkan daripada pemain-pemain lain dan tidak menyertai pasukan untuk aksi persahabatan dengan Greece dan dijadualkan menjalani ujian PCR sekali lagi pada Khamis,” menurut kenyataan berkenaan.

Untuk rekod, Switzerland menang 2-1 pada aksi persahabatan berkenaan hasil jaringan Steven Zuber pada minit ketujuh dan Ruben Vargas (min-51), manakala Vangelis Pavlidis menjaringkan gol tunggal Greece pada minit ke-34.

Situasi berkenaan turut menyaksikan pemain tengah Arsenal berusia 28 tahun bakal terlepas aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Italy bagi aksi kelayakan Piala Dunia, Isnin depan.

Untuk rekod, Xhaka turut digantung perlawanan bagi aksi berkenaan akibat penggantungan setelah dilayangkan kad merah ketika The Gunners tewas 0-5 kepada Manchester City, minggu lalu.

Sementara itu, kenyataan media berkenaan turut memberitahu doctor di Baseeland melaporkan tidak ada perkembangan terkini mengenai situasi Covid-19 dalam kalangan pemain mahu pun staf bagi skuad bola sepak kebangsaan Switzerland ketika ini.

“Setakat ini tidak ada apa-apa perkembangan mengenai status Covid-19 daripada skuad bola sepak kebangsaan Switzerland.

“Ini berikutan ada dalam kalangan pemain atau staf telah menjalani proses vaksinasi atau pulih daripada jangkitan virus maut itu,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!