Hina nabi: Tiada keperluan demonstrasi lagi

AMIRUDIN SHARI
AMIRUDIN SHARI
A
A
A

CYBERJAYA - Tiada keperluan untuk diadakan bantahan hina nabi di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah kerana pelaku telah di ambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang, demikian menurut Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Beliau berkata, demonstrasi dan desakan itu tidak boleh digunapakai (obsolete) kerana orang yang melakukan kesalahan itu telah didakwa di mahkamah.

"Sebelum ini mereka memberikan amaran kalau kerajaan tidak berbuat apa-apa mereka akan akan buat bantahan, tapi kerajaan dah tangkap, soal siasat (pelaku).

"Kenapa dia dilepaskan? Kerana telah habis tempoh reman dan selepas itu dia didakwa, itu adalah proses perundangan biasa yang dilakukan," katanya.

Beliau melihat bantahan tersebut hanya bermotif politik apabila ia diteruskan meskipun tindakan telah diambil.

"Saya yakin ini berlaku disebabkan agenda politik dan ada pihak yang berselindung di sebalik demonstrasi tersebut.

"Namun saya yakin rakyat tahu menilai dan melihat sendiri yang kerajaan telah melakukan terbaik," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Individu hina Nabi ditahan

Jelasnya, kerajaan tidak menyokong mana-mana pihak yang menghina agama apatah lagi yang memecahbelahkan perkauman namun kita perlu bertindak atas lunas undang-undang.

Artikel Berkaitan: