PM bentang RMK12 pada 27 September ini: Mustapa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) ketika sidang media pada hari pertama memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Kompleks Setia Perdana hari ini. Foto Bernama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed (kanan) ketika sidang media pada hari pertama memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Kompleks Setia Perdana hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMASKINI] Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat pada 27 September ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, usaha penyediaan RMK12 juga kini hampir 100 peratus siap.

“Unit Perancang Ekonomi (EPU) akan memberi taklimat dan maklumat terkini kepada perdana menteri mengenai penyediaan RMK12 tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengimbas kad perakam waktu sebagai tanda memulakan tugas di Unit Perancang Ekonomi berkenaan di sini, pada Rabu.

Turut serta adalah timbalan beliau, Datuk Eddin Syazlee Shith.

Selain itu, Mustapa berkata, pembentangan RMK12 serta Belanjawan Pembangunan 2022 juga merupakan tumpuan utama EPU bagi tempoh 100 hari pertama pelantikan beliau.

Menurutnya, bagi RMK12, isu utama yang akan ditangani dalam tempoh lima tahun akan datang termasuk merapatkan jurang pembangunan negeri dan kawasan di negara ini dalam tempoh sederhana dan jangka panjang.

“Kita telah kenal pasti enam negeri yang terkebelakang termasuk Sabah dan Sarawak yang menjadi tumpuan dalam merapatkan jurang pembangunan di negeri-negeri terbabit.

Artikel Berkaitan:

“Selain itu, kita juga akan menumpukan jurang pendapatan antara golongan B40, M40 dan T20 khususnya yang terkesan akibat pandemik Covid-19,” katanya.

Mustapa berkata, RMK12 juga akan memastikan keperluan asas seperti air, elektrik serta infrastruktur kemudahan internet dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.

Dalam pada itu, Mustapa berkata, EPU akan memuktamadkan Belanjawan Pembangunan 2022 bersama-sama Kementerian Kewangan dalam masa terdekat ini. - Bernama