MyTOWN KL anjur peraduan seni kreatif dalam talian

Peraduan seni ‘Colours of Togetherness’ diadakan secara dalam talian disokong KPM bagi membolehkan kanak-kanak pelbagai kaum dapat merasai semangat kemerdekaan dan perpaduan serta keharmonian yang dikecapi negara.
Peraduan seni ‘Colours of Togetherness’ diadakan secara dalam talian disokong KPM bagi membolehkan kanak-kanak pelbagai kaum dapat merasai semangat kemerdekaan dan perpaduan serta keharmonian yang dikecapi negara.
A
A
A

SHAH ALAM - MyTOWN KL mengadakan peraduan seni kreatif ‘Colours of Togetherness’ bagi meraikan semangat patriotik dan cintakan negara sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-64.

MyTOWN KL dalam satu kenyataan berkata, peraduan yang berlangsung bermula 16 Ogos hingga 30 September itu terbuka kepada rakyat Malaysia dan bukan warganegara yang menetap di dalam negara serta berusia tujuh tahun dan ke atas.

Menurut kenyataan itu, platform peraduan seni secara dalam talian itu turut disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membolehkan kanak-kanak pelbagai kaum dapat merasai semangat kemerdekaan dan perpaduan serta keharmonian yang dikecapi negara.

“Peraduan ini terbahagi kepada empat kategori iaitu sekolah rendah (kategori A1 dan A2), sekolah menengah (kategori B) dan dewasa terbuka (kategori C).

“MyTOWNKL menawarkan hadiah wang tunai dan baucar bernilai RM60,000 untuk dimenangi oleh lima pemenang dari setiap kategori.

“Selain itu, baucar tunai RM5,000 ALL IT Hypermarket akan diberikan kepada dua sekolah (sekolah rendah dan menengah) dengan penyertaan tertinggi,” kata kenyataan pada Isnin.

Sebagai peraduan yang menggalakkan inovasi pembelajaran melalui hiburan, 'Colors of Togetherness' turut mendorong pesertanya menggunakan pewarna digital untuk Kategori C iaitu untuk yang berumur 18 tahun dan ke atas.

Sementara itu, MyTOWN KL memaklumkan peserta yang telah mendaftar melalui https://mytownkl.com.my/colours-of-togetherness boleh memuat turun templat seni yang ditentukan mengikut kategori umur.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, MyTOWN KL turut bekerjasama dengan ilustrator dan pengarang terkenal negara, Emila Yusof bagi menghasilkan tempat seni yang akan diwarnakan oleh peserta dalam peraduan tersebut.

“Setiap templat itu dilukis dengan indah oleh Emila yang menggambarkan semangat perpaduan dan tanggungjawab bersama di antara orang-orang daripada pelbagai etnik dan latar belakang agama,” ujarnya.