Polis siasat gambar tular Jalur Gemilang terbalik

Kenyataan media IPD Batu Pahat.
Kenyataan media IPD Batu Pahat.
A
A
A

BATU PAHAT - Polis sedang menyiasat satu gambar tular yang memaparkan Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di didakwa berlaku di sebuah rumah ibadat di Kampung Sungai Suloh.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan Muhammad Izzuddin Rungai berkata, pihaknya mengesan gambar terbabit tular di media sosial kira-kira jam 12.20 tengah hari.

"Bertindak atas maklumat berkenaan, pada jam 12.40, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Batu Pahat telah ke lokasi berkenaan dan mendapati bendera itu telah diturunkan.

"Pihak polis akan memanggil penjaga rumah ibadat tersebut dan individu terlibat bagi membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Menurut Muhammad Izzuddin, kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Artikel Berkaitan: