H3C, MyKRIS bekerjasama bantu pemulihan operator hotel di Malaysia

H3C Technology Solutions
H3C Technology Solutions
A
A
A

PENYEDIA penyelesaian digital H3C Technology Solutions telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan MyKRIS Asia Sdn Bhd untuk membantu operator hotel di Malaysia merendahkan sekurang-kurangnya 50 peratus daripada kos operasi teknologi maklumat (IT) mereka apabila pasaran hospitaliti dibuka semula.

H3C berkata menerusi MoU itu, ia akan menyediakan infrastruktur yang diperlukan bagi meningkatkan perkhidmatan Internet MyKRIS untuk memanfaatkan industri hotel tempatan.

Majlis menandatangani MoU itu adalah bersempena pelancaran Perkhidmatan Internet Tanpa Wayar MyKRIS - MyKRIS 360 yang dikhususkan kepada ahli hotel Persatuan Hotel-hotel Malaysia (MAH) dengan menawarkan penyelesaian Internet tanpa wayar yang komprehensif di hotel-hotel.

Pengurus Besar H3C Malaysia, Rockies Ma dalam kenyataan berkata, menyediakan penyelesaian digital terbaik kepada industri hotel pada masa ini adalah lebih penting berbanding sebelum ini untuk membantu mereka pulih daripada kesan pandemik.

Sementara itu, Pengarah MyKRIS, Chew Choo Soon berkata syarikat itu menyaksikan peluang pemulihan industri hotel dengan sokongan pendigitalan.

“Melalui kehadiran H3C sebagai penyokong utama kami, kami yakin untuk menawarkan penyelesaian terbaik untuk membantu industri hotel, dibantu pengalaman penyelesaian digital melebihi 20 tahun,” katanya dalam kenyataan yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: