60 peratus pasar tani akan dibuka secara berperingkat

Zainal Abidin (kanan) menunjukkan hasil pertanian yang akan diagihkan kepada penerima bantuan pada program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin di Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyidin pada Ahad. - Foto Bernama
Zainal Abidin (kanan) menunjukkan hasil pertanian yang akan diagihkan kepada penerima bantuan pada program Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin di Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyidin pada Ahad. - Foto Bernama
A
A
A

ALOR GAJAH - Sebanyak 60 peratus daripada 350 pasar tani di seluruh negara akan dibuka secara berperingkat sehingga akhir tahun ini dengan mengadaptasi prosedur operasi standard (SOP) pengoperasian pasar segar terkawal (PST).

Ketua Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Datuk Zainal Abidin Yang Razalli berkata, pembukaan pasar tani berkenaan selaras dengan kelonggaran yang diberikan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

Beliau berkata, SOP yang ketat seperti pemakaian pelitup muka, pemeriksaan suhu serta laluan keluar dan masuk ke tapak akan diamalkan secara berterusan di semua pasar tani sebagai salah satu budaya norma baharu dalam kehidupan seharian akibat wabak Covid-19.

"Pasar tani telah dibuka di negeri yang beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) ialah Negeri Sembilan, Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak dan Perlis," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Prihatin kepada pengurusan Madrasah Tahfiz Al-Quran Ar Rasyidin di sini pada Ahad.

Pada program berkenaan, sebanyak 350 kilogram sayur-sayuran, buah-buahan dan produk industri makanan diagihkan kepada 60 penerima di madrasah berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: