Covid-19: Thailand bakal longgar sekatan untuk pulihkan ekonomi

Pusat beli-belah, dine-in di restoran akan dibuka semula mulai Rabu depan.- Foto Reuters
Pusat beli-belah, dine-in di restoran akan dibuka semula mulai Rabu depan.- Foto Reuters
A
A
A

BANGKOK - Thailand bakal melonggarkan sekatan Covid-19 di Bangkok dan 28 wilayah berisiko tinggi bermula 1 September dalam usaha untuk merancakkan kembali ekonomi.

Pusat beli-belah, dine-in di restoran, salun dan kedai gunting rambut (hanya untuk potongan rambut), ruang urut (hanya untuk urut kaki), tempat sukan dan taman awam akan dibuka semula mulai Rabu depan.

Perhimpunan awam juga akan dibenarkan tetapi terhad sehingga 25 orang.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata perintah berkurung waktu malam selama tujuh jam bermula 9 malam hingga 4 pagi di kawasan-kawasan terlibat masih berkuat kuasa.