Rugi RM128,498 ditipu sindiket jual minyak hasil vaksin

Kenyataan polis pada Jumaat.
Kenyataan polis pada Jumaat.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hajat beberapa buah syarikat dalam negara untuk menghasilkan sendiri vaksin Covid-19 menggunakan minyak precatoria tidak kesampaian selepas mereka menjadi mangsa penipuan sindiket yang mendakwa menjual bahan organik tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md. Din berkata, pihaknya menerima sekurang-kurangnya lima aduan daripada mangsa melibatkan nilai kerugian mencecah RM128,498.

Menurutnya, modus operandi sindiket terbabit adalah dengan menawarkan minyak tersebut sebagai bahan mentah untuk menghasilkan vaksin Covid-19 kepada syarikat yang disasarkan menerusi e-mel.

“Syarikat yang berminat diminta untuk membuat pembayaran ke dalam akaun yang diberikan (akaun keldai) bagi tujuan membeli sampel bahan organik itu untuk menghasilkan vaksin Covid-19.

“Selepas melakukan pembayaran, mangsa tidak menerima sebarang sampel yang dijanjikan dan sindiket gagal dihubungi,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau menggesa orang ramai supaya lebih berwaspada dengan pihak sindiket yang cuba untuk mengaut keuntungan menggunakan isu yang berkaitan dengan wabak Covid-19.

“Kerajaan sentiasa memberi keutamaan dalam sebarang inisiatif menangani Covid-19 dari segi pemberian vaksin mahupun kajian pembangunan vaksin. Mana-mana pihak yang ingin terlibat digesa untuk merujuk kepada agensi kerajaan yang berkaitan,” ujarnya.

Artikel Berkaitan: