Agong berkenan terima senarai jemaah kabinet baharu

Al-Sultan Abdullah berkenan menerima persembahan senarai anggota kabinet baharu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis. - Foto FB Istana Negara
Al-Sultan Abdullah berkenan menerima persembahan senarai anggota kabinet baharu daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis. - Foto FB Istana Negara
A
A
A

KUANTAN - [DIKEMASKINI] Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima persembahan senarai anggota jemaah kabinet baharu di Istana Abdulaziz pada Khamis.

Memetik kenyataan dari Facebook Istana Negara, senarai anggota jemaah kabinet itu diserahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika sesi menghadap Al-Sultan Abdullah.

Sesi menghadap itu berlangsung selama satu jam 30 minit bermula jam 11 pagi Khamis.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera dilantik sebagai Perdana Menteri kesembilan pada Sabtu lalu selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Sesi menghadap pada Khamis adalah yang kali kedua bagi Ismail Sabri selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia beliau sebagai Perdana Menteri di Istana Negara pada 21 Ogos lalu.

Artikel Berkaitan: