Chelsea bersedia pertahan kejuaraan

IMBAS KEMBALI...Pemain-pemain Chelsea meraikan kejayaan menjuarai kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City di Stadium Dragao, Porto pada 29 Mei lalu. - Foto AFP
IMBAS KEMBALI...Pemain-pemain Chelsea meraikan kejayaan menjuarai kejuaraan Liga Juara-Juara selepas menewaskan Manchester City di Stadium Dragao, Porto pada 29 Mei lalu. - Foto AFP
A
A
A

PENYANDANG juara, Chelsea kendalian Thomas Tuchel akan mengetahui lawan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut apabila undian peringkat kumpulan saingan Liga Juara-Juara berlangsung di Istanbul, hari ini.

Biarpun begitu Tuchel yang mengemudi The Blues mengakhiri saingan liga pada kedudukan keempat liga selain melabuh tirai musim lalu dengan menghadiahkan kejuaraan berprestij kelab Eropah ke Stadium Stamford Bridge, mengakui bakal berdepan laluan berliku mempertahankan kejuaraan.

"Sejujurnya kami tidak mengetahui siapa lawan Chelsea sehinggalah berakhirnya proses undian peringkat kumpulan di Turki hari ini, apapun kami sudah bersedia sejak dari hari menjulang kejuaraan ini musim lalu," katanya.

Chelsea menewaskan Manchester City 1-0 hasil jaringan Kai Havertz pada perlawanan akhir di Stadium Dragao, Porto pada 29 Mei lalu akan berada dalam Balang Satu bersama Atletico Madrid, Inter Milan, Bayern Munich, Sporting Lisbon, Lille dan juara Liga Europa, Villareal.

Balang Dua pula menyaksikan nama besar seperti termasuk Real Madrid, Barcelona, Juventus, Manchester United dan Paris Saint-Germain yang diperkuatkan dengan kehadiran bekas tonggak Barca, Lionel Messi.

Untuk rekod, saingan peringkat kumpulan akan bermula 14 dan 15 September manakala perlawanan akhir pula dijadualkan berlangsung di Saint Petersburg, pada 28 Mei tahun depan.

UNDIAN

Balang Satu

Artikel Berkaitan:

Chelsea (ENGLAND)

Villarreal (SEPANYOL)

Manchester City (ENGLAND)

Atletico Madrid (SEPANYOL)

Inter Milan (ITALI)

Bayern Munich (JERMAN)

Sporting Lisbon (PORTUGAL)

Lille (PERANCIS)

Balang Dua

Real Madrid (SEPANYOL)

Barcelona (SEPANYOL)

Juventus (ITALI)

Manchester United (ENGLAND)

Paris Saint-Germain (PERANCIS)

Liverpool (ENGLAND)

Sevilla (SEPANYOL)

Borussia Dortmund (JERMAN)

Balang Tiga

FC Porto (PORTUGAL)

Ajax (BELANDA)

RB Leipzig (JERMAN)

Benfica (PORTUGAL)

Atalanta (ITALI)

Zenit Saint Petersburg (RUSIA)

Balang Tiga atau Empat

Shakhtar Donetsk (UKRAINE)

Monaco (PERANCIS)

Red Bull Salzburg (AUSTRIA)

Brondby (DENMARK)

Besiktas (TURKI)

Dynamo Kiev (UKRAINE)

Balang Empat

Dinamo Zagreb (CROATIA)

Sheriff Tiraspol (MOLDOVA)

Club Brugge (BELGIUM)

Young Boys (SWITZERLAND)

AC Milan (ITALI)

Malmo FF (SWEDEN)

VfL Wolfsburg (JERMAN)