Anwar jumpa Tun M

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Al-Bukhari, di sini.

Dalam pertemuan 30 minit itu, kedua-dua pemimpin bertukar pendapat dan idea mengenai perkembangan ekonomi digital negara dan usaha mengurangkan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat.

Selain itu, mereka turut menyentuh isu dan perkembangan politik semasa.

"Pertemuan saya dengan Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menyentuh beberapa perkara.

"Antaranya adalah memaklumkan Tun tentang usaha memajukan sektor ekonomi digital dalam kerangka Koridor Raya Multimedia (MSC). Kami turut bincang usaha dan langkah-langkah dalam menambahbaik dan memperkasa ekonomi rakyat, selain menyentuh perkembangan mutakhir politik negara," kata Anwar di laman Facebooknya.

Ini bukan pertama kali Anwar bertemu Mahathir di pejabatnya, sebaliknya sudah banyak kali pertemuan sedemikian diadakan.

Namun, pertemuan kali ini berlangsung di sebalik kehangatan desas-desus undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Pas mendakwa, Anwar merupakan individu di belakang tabir yang mahu membuat undi tidak percaya itu.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, Anwar dalam kenyataan balasnya menasihatkan Pas untuk menghentikan politik fitnah dan bohong.