realme Book gegar dunia teknologi laptop dengan harga jualan serendah RM2,499

A
A
A

No Image Caption

Setelah berjaya mengukir kejayaan dan menjadi antara jenama telefon pintar utama di dunia, kini realme melangkah ke hadapan dengan menerokai dunia laptop.

Dengan misi ingin menjadi peneraju dalam dunia teknologi maklumat, realme kini tampil secara rasmi dengan laptop pertama keluaran mereka, realme Book.

Laptop generasi baharu dan canggih ini menjanjikan prestasi tinggi untuk kelancaran kerja, penghubung dengan dunia maya serta untuk keseronokan.

realme Book ini amat sesuai untuk golongan penuntut universiti yang mendambakan sebuah laptop yang berprestasi tinggi namun pada harga berpatutan.

realme sentiasa memahami kehendak dan kemampuan golongan pelajar, tambahan pula dalam suasana pembelajaran atas talian sudah menjadi norma baharu kepada mereka.

Direka khusus untuk memastikan kena dengan selera para pengguna terutamanya generasi muda, realme Book adalah pilihan yang tepat untuk kemudahan, keselesaan dan sesuai dengan bajet mereka.

Namun, kehebatan realme Book bukan khas untuk pengguna dalam kalangan siswa sahaja, malah ia turut memenuhi tuntutan mereka yang sekarang ini banyak bekerja dari rumah.

Artikel Berkaitan:

Ringan, nipis, penstoran besar dan pemprosesan ‘power’, laptop ini mampu mengoptimumkan tugasan mahupun kerja pejabat anda.

Jom ‘follow’ apakah ciri-ciri dan elemen unik yang dibawakan oleh realme Book ini.

Paparan berkualiti tinggi 2K dengan ratio 3:2



Paparan berkualiti tinggi.
Paparan berkualiti tinggi.

X-Factor untuk realme Book adalah paparan yang berkualiti tinggi bagi keselesaan tatapan mata pengguna. Tarikan utama ini terdapat pada kedua-dua model laptop berkenaan

Skrin ini berukuran 14-inci jenis IPS LCD, dengan resolusi tinggi 2K (2160×1440). Tanpa fungsi skrin sentuh.

Paparan skrin berkenaan memiliki keunikan nisbah iaitu 3:2, berbeza dari kebanyakan laptop dengan nisbah 16:9 atau 16:10.

Namun realme mempunyai alasannya tersendiri iaitu, nisbah ini lebih produktif kerana ia lebih memanjang untuk memudahkan dan menjadikan pandangan lebih meluas terutamanya untuk menatap dokumen mahupun laman web.

Paparan skrin ini memang sesuai untuk mereka yang kini ramai bekerja di rumah dan juga para pelajar mengikut pembelajaran atas talian.

Dengan paparan skrin 2K, memberikan keselesaan untuk pengguna menatap, membaca dan menyiapkan sebarang tugasan sama ada dalam bidang kerjaya mahupun pengajian.

Paparan unik ini diperkuatkan lagi dengan sokongan gamut warna sRGB 100 peratus dan tahap kecerahan sehingga 400nits.

Dengan kualiti warna dan kecerahan tinggi, anda pasti dapat merasai kelainan ketika menonton filem secara live streaming bersama ahli keluarga atau bermain permainan video dengan rakan-rakan di atas talian.

Pastinya hidup anda tidak lagi diselubungi kebosanan biarpun terpaksa menghabiskan masa dalam rumah ketika Fasa Pelan Pemulihan Negara ketika ini.

Apa yang lebih menarik, realme Book direka dengan bingkai sangat nipis, dengan nisbah skrin-ke-badan setinggi 90 peratus. Pastinya menjanjikan pengalaman tatapan skrin yang lebih mengasyikkan.

Walaupun nipis, namun realme tidak berkompromi dengan kualiti kamera apabila ia masih mampu memuatkan kamera web 720p di atas skrin.

Kuasa Intel Core-I Generasi ke-11

Dikuasakan pemprosesan terbaik.
Dikuasakan pemprosesan terbaik.

realme Book dikuasakan oleh pemprosesan terbaik dan terbaharu dunia teknologi iaitu Intel Core-i generasi ke-11. realme menyediakan dua jenis pemproses, antara Core i3-1115G4 dan Core i5-1135G7.

Bagi model i3, ia dilengkapi dengani WiFi 5, Bluetooth v5.1, RAM LPDDR4x 3733MHz, dan grafik oleh Intel UHD.

Manakala ntuk varian Core-i5 pula, ia didatangkan dengan naik taraf berupa WiFi 6, Bluetooth v5.2, sambungan Thunderbolt 4, RAM LPDDR4x 4266MHz, dan diperkasa pemproses grafik Intel Iris Xe.

Dengan pemprosesan yang dipacu oleh Intel Core-i ini, tidak lagi isu laptop anda ‘slow’ atau lembab ketika anda bekerja atau belajar.

Sudah semestinya produktiviti kerja dan kualiti pembelajaran anda dapat dipertingkatkan apabila anda menggunakan laptop realme Book ini. Tiada lagi keraguan

Nipis, ringan namun tahan lasak

Nipis dan ringan.
Nipis dan ringan.

Walaupun realme mempertaruhkan rekaan super nipis pada realme Book dengan hanya 14.9mm, namun ia dijamin tahan lasak kerana badannya diperbuat daripada aluminium.

Susulan daripada reka bentuk badannya yang amat nipis, menjadi realme Book Ini sebuah laptop yang sangat ringan dengan berat hanya 1.38kg.

Apabila ringan bermakna anda selesa untuk membawa laptop realme Book ke mana-mana tanpa perlu mengalas bebanan yang berat.

Manakala kemasan luarannya pula licin dengan penampilan dalam dua piliha warna menarik, dalam dua kelabu dan biru.

Anda akan kelihatan lebih bergaya dan nampak ‘trendy’ dalam kalangan rakan-rakan sekerja atau sekuliah kerana keanggunan serta kehebatan reka bentuk dan keunikan warnanya.

Bunyi stereo mengasyikkan, jelas

Kesan bunyi mengasyikkan.
Kesan bunyi mengasyikkan.

Selain mahu memberikan keselesaan dan kelancaran kerja kepada para pengguna laptopnya, realme tidak mengetepikan elemen kepuasan hiburan.

Oleh itu, realme Book menampilkan 2 HARMAN speakers, yang menyokong kesan bunyi DTS HD.

Sistem audio ini pastinya memberikan pengalaman bunyi mengasyikkan dan menyeluruh.

Jadi, apabila anda menonton filem kegemaran, mendengar muzik dan juga bermainan permainan video di laptop realme Book ini, anda akan merasai suatu suasana serta pengalaman menyeronokkan.

Apa tidaknya, dengan kualiti bunyi berprestasi tinggi, setiap irama, alunan muzik mahupun kesan khas dalam filem, muzik video atau ‘game’ itu menusuk tepat ke dalam gegendang telinga anda!

Bateri besar bertahan sehingga 11 jam

Tenaga laptop realme Book dikuasakan daripada bateri besar 54Wh, yang memberi hayat sehingga 11 jam bermain video tanpa henti.

Pengecasan pula disalurkan menerusi sambungan USB-C, yang menyokong kuasa 65W dan boleh mengecas pantas dengan pengecasan 50 peratus bateri dalam masa 30 minit sahaja.

Kelebihan tambahan

Pelbagai keistimewaan
Pelbagai keistimewaan

Papan kekunci di realme Book bersaiz penuh, dengan ketinggian tekanan 1.3mm dan tiga pilihan tahap lampu belakang, agar senang dilihat waktu malam. Gandingannya adalah pad sentuh bersaiz besar dengan permukaan lembut bak sutera, untuk pengalaman yang lebih nyaman.

realme melengkapi sistem keselamatan biometrik dengan pengimbas capjari yang dipasang ke dalam butang kuasa. Dengan ini, ia boleh digunakan membuka kunci Windows dengan pantas menerusi Windows Hello.

Harga Jualan realme Book

Jualan atas talian:

realme Book i3 (8+256GB) RM 2,499 | RRP: RM 2,999

Jualan pertama kali pada on 27 Ogos 2021, 12 tengah malam

Eksklusif di Shopee dengan klik pautan berikut:

https://bit.ly/laptopi3pr

realme Book i5 (8+512GB) - RM3,499

Jualan pertama pada 27 Ogos, 12 tengah malam

Eksklusif di Shopee, sila klik pautan berikut:

https://bit.ly/laptopi5pr

Jualan di premis

realme Book i5 (8+512GB) RM 3,499

Jualan pertama pada 27 Ogos 2021

Boleh didapati di SENHENG, COURTS dan semua kedai diiktiraf

Hadiah percuma pada jualan hari pertama: Beg Laptop 15 inch + tetikus Bluetooth (sementara stok masih ada)

Nantikan juga kemunculan varian 16+512GB nanti. Terus setia dapatkan perkembangan terkini di Facebook realme Malaysa