Ibu Syamel meninggal dunia

KUALA LUMPUR - Ibu penyanyi terkenal Syamel, Wan Faaizah Karim, 55, menghembuskan nafas terakhir pada 10.09 malam tadi di sebuah pusat perubatan swasta di sini.
Berita sedih itu dikongsi Syamel menerusi akaun Instagram miliknya.
"Umi saya Wan Faaizah Karim telah kembali menghadap penciptaNya pada pukul 10 malam tadi.
“Doakan urusan umi saya dipermudahkan. Terima kasih kerana mendoakan umi saya selama ini. Hanya doa yang baik-baik saya harapkan daripada anda semua. Terima kasih,” tulisnya yang terkenal dengan lagu Takkan Terlerai.
Syamel atau nama sebenar Syameel Aqmal Mohd Fodzly, 27, sebelum ini memaklumkan keadaan ibunya itu bukan akibat jangkitan Covid-19.
Ibunya juga tidak pernah mengalami masalah kesihatan kronik dan Allahyarham telah menerima rawatan di hospital hampir dua bulan serta terpaksa ditidurkan.
Menjengah di ruang komen Instagram suami kepada penyanyi Ernie Zakri, rata-rata rakan artis dan peminat turut menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian ibu tercinta.
Antaranya, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Anuar Zain, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Lori terbalik di lebuh raya, muatan ayam segar bertaburan
18 Oktober 2026 12:16pmTular video lama Saifuddin: Upacara kahwin sivil bukan ritual agama - JPN
18 Oktober 2026 12:00pmLelaki maut kereta dipandu langgar belakang lori
18 Oktober 2026 11:53amMayat bayi tanpa kepala: Wanita 23 tahun direman
18 Oktober 2026 11:34amAllahyarham Norhazwani pegawai yang rajin, kerap kerja lebih masa - AKPS
18 Oktober 2026 11:21amSangka isteri curang, lelaki ditembak rupa-rupanya anak sendiri
18 Oktober 2026 07:30am'Saya bukan wanita itu'- NaniRoc nafi ditangkap khalwat dengan Nik Nazmi
17 Oktober 2026 08:10pmBudak lapan tahun maut dirempuh lori ketika ambil bola
17 Oktober 2026 08:22pmMayat bayi tanpa kepala: Wanita 23 tahun direman
18 Oktober 2026 11:34amPegawai AKPS maut: Suasana pilu, tangisan dua anak iringi kepulangan jenazah Norhazwani
18 Oktober 2026 08:59am- Iklan -- Iklan -
