PPSK anjur sanitasi, edar Jalur Gemilang sempena bulan kemerdekaan

Selventhiran (depan, lima dari kiri) bergambar bersama penduduk Pangsapuri Impian, Taman Klang Jaya, Klang pada program sanitasi sempena bulan kemerdekaan pada Ahad.
Selventhiran (depan, lima dari kiri) bergambar bersama penduduk Pangsapuri Impian, Taman Klang Jaya, Klang pada program sanitasi sempena bulan kemerdekaan pada Ahad.
A
A
A

KLANG - Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan (PPSK) mengadakan program sanitasi sempena bulan kemerdekaan di Pangsapuri Impian Taman Klang Jaya, di sini pada Ahad.

Presidennya, M Selventhiran berkata, program itu diadakan bagi membolehkan penduduk berada dalam suasana yang bebas daripada Covid-19.

"Program sanitasi hari ini bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga untuk memastikan sambutan merdeka terus diadakan walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19," katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Sanitizing PPSK 2021 di Lembah Klang pada Ahad.

Hadir sama ialah Penasihat PPSK, Datuk Shankar Raj Ayenger dan Pengerusi 99 Kesan, Muhd Ali Zakariah.

Selventhiran berkata, selain sanitasi, badan bukan kerajaan (NGO) itu turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada penduduk bagi meraikan sambutan kemerdekaan.

Sementara itu, Shankar Raj berkata, selain memberi Jalur Gemilang, pihaknya juga menghulurkan bantuan barang makanan kepada 20 penghuni pangsapuri tersebut.

"Kita mahu memastikan penduduk bukan sahaja merdeka daripada Covid-19 malah terus meraikan kemerdekaan negara ke 64 tahun ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan: