Anak sulung Susilo ambil alih tugas berkempen

Agus Harimurti Yudhoyono
Agus Harimurti Yudhoyono
A
A
A

JAKARTA - INDONESIA. Anak sulung bekas presiden dan Pengerusi Parti Demokratik, Susilo Bambang Yudhoyono akan mengambil alih tugas berkempen menjelang Pilihan Raya Umum pada 17 April depan.

Agus Harimurti Yudhoyono, 40, menggalas tanggungjawab itu daripada bapanya yang kini menemani ibunya, Ani Yudhoyono yang kini dirawat akibat leukemia di Singapura.

"Jentera lain parti juga telah digerakkan untuk mencapai matlamat meraih 15 peratus kerusi di Parlimen," kata jurucakap parti, Imelda Sari.

Agus yang menjadi pengerusi pasukan petugas bersama untuk pilihan raya 2019 akan dibantu ahli Dewan Negara, Nachrowi Ramli di bahagian barat dan Soekarwo di timur.

Beliau kini mempunyai kuasa untuk memberi arahan kepada kader parti di seluruh negara dan mengambil alih tugas bapanya di lapangan.

Susilo yang kekal sebagai pengerusi parti sehingga 2020 mengumumkan keputusan itu menerusi dekri ditandatangani beliau dan Setiausaha Agung, Hinca Pandjaitan pada Rabu lalu.

Agus meninggalkan tentera selepas 16 tahun menyertainya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Gabenor Jakarta pada 2017 di mana beliau tewas kepada Anies Bawedan, namun kekal menjadi tokoh terkenal dalam dunia politik. - Straits Times

Artikel Berkaitan: