X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 28 Jun 2022

Muhyiddin yakinkan pemimpin Bersatu terima Ismail Sabri

Abd Latiff Ahmad
A
A

SHAH ALAM - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin memainkan peranan dalam meyakinkan pemimpin daripada parti itu untuk menyokong dan memilih Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri baharu.

Perkara itu didedahkan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Dr Abd Latiff Ahmad sebagaimana dilaporkan Portal PNBBC.

Menurut Abd Latiff, walaupun ada kalangan ahli yang masih mahukan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, namun Perdana Menteri sementara itu tetap mahukan Ismail Sabri sebagai penggantinya.

“Walaupun ada yang tidak berapa setuju, tetapi beliau sendiri meyakinkan ahli Parlimen Bersatu untuk menyokong Ismail Sabri.

“Ini dibuktikan apabila Muhyiddin menjadi individu awal menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi menyokong Ismail Sabri.

"Tindakan Muhyiddin ini menunjukkan beliau seorang yang tidak mementingkan diri dan kedudukan,” jelas beliau.

Sementara itu, mengulas mengenai dakwaan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, Abd Latiff bagaimanapun menyangkalnya dan menyatakan bahawa ia tidak pernah berbangkit di peringkat parti.

Menurut beliau, itu hanyalah fitnah untuk mengeruhkan lagi perpaduan yang sedang dijalin oleh semua parti yang menyokong pencalonan Ismail Sabri.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!