Ismail Sabri tinggalkan Istana Negara selepas dua jam

Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Istana Negara. - FOTO ROSLI TALIB
Kenderaan yang membawa Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari Istana Negara. - FOTO ROSLI TALIB
A
A
A

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar meninggalkan Istana Negara pada jam 3.12 petang selepas hampir dua jam berada di sana.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO yang menaiki kenderaan jenis pelbagai guna (MPV) berwarna hitam sempat melambaikan tangan kepada petugas media yang menunggu di pintu 2.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan ahli Parlimen daripada GPS, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dijangka ke Istana Negara pada jam 10 pagi.

Difahamkan kehadiran ahli Parlimen pro-PN itu untuk mengesahkan surat akuan bersumpah (SD) sokongan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Sesi menghadap ahli Parlimen itu dijadualkan berlangsung dalam lima sesi berasingan mengikut parti masing-masing.

Jam 4 petang pada Rabu merupakan tempoh terakhir untuk semua ahli Dewan Rakyat menghantar SD nama calon Perdana Menteri pilihan mereka secara rasmi.

Ia selepas notis dikeluarkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun pada Selasa agar kesemua ahli Dewan Rakyat mengemukakan surat akuan berkenaan secara bertulis dan disahkan benar.

Artikel Berkaitan: