X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 03 Disember 2021

Suara 'meow' selamatkan wanita tua 83 tahun

Foto kucing yang menjadi hero menyelamatkan pemiliknya dalam satu kejadian libat seorang wanita warga emas yang terjatuh ke dalam lubang di Bodmin, Cornwall pada Sabtu lalu. - Foto Polis Bodmin
A
A

BODMIN - Bunyi suara seekor kucing yang mengiau berulang kali telah menyelamatkan pemilik haiwan itu selepas dia terjatuh ke dalam sebuah lubang sedalam 21.33 meter di Bodmin, Cornwall, England pada Sabtu lalu.

Ketika kejadian, mangsa seorang wanita warga emas berusia 83 tahun dilaporkan hilang menyebabkan satu pasukan kecemasan memulakan operasi mencari berdekatan dengan rumahnya di Bodmin.

Jirannya telah menghubungi perkhidmatan kecemasan setelah bimbang tentang keadaan diri wanita berkenaan setelah dia didapati hilang lebih selepas beberapa jam.

Bagaimanapun, seorang pejalan kaki mendengar bunyi 'meow' berulang kali oleh seekor kucing bernama Piran yang berada di atas sebuah lubang di kawasan belukar pada petang hari kejadian.

Bunyi haiwan itu telah membantu menyelamatkan wanita tersebut yang terjatuh ke dalam lubang berkenaan apabila anggota-anggota Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Cornwall memulakan operasi menyelamat wanita warga emas itu.

Wanita tersebut berjaya dibawa naik dan dihantar ke hospital dengan menggunakan sebuah helikopter ambulans.

Menurut Polis Bodmin, wanita itu berada dalam keadaan stabil dan menyatakan kucing bernama Piran telah berjaya menyelamatkan pemiliknya. - Agensi


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!