Wanita cedera di paha ditikam penyamun

Pisau yang terpacak di paha kanan mangsa ketika menunggu pasukan perubatan tiba.
Pisau yang terpacak di paha kanan mangsa ketika menunggu pasukan perubatan tiba.
A
A
A

GOMBAK - Seorang wanita cedera akibat ditikam penjenayah dengan pisau dalam kejadian cubaan samun di Jalan 10 Taman Greenwood di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, mangsa yang memandu bersendirian kereta milik abangnya cedera terkena tikaman di paha kanan dalam kejadian sekitar jam 4.24 petang itu.

"Abang mangsa mengatakan, mangsa menghubunginya mengatakan seorang lelaki tidak dikenali membuka pintu kereta dan cuba mengambil begnya.

"Mangsa tidak dapat mengecam muka suspek dan kenderaan digunakan suspek," katanya kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan Hospital Selayang oleh pihak ambulans dan kini masih berada di zon merah namun dalam keadaan stabil.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera ketika melakukan rompakan.

Katanya, maklumat boleh disalurkan di mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Azrul Amirul Mustafa di talian 03-61262222.

Artikel Berkaitan: