Lori menggelongsor rempuh kenderaan belakang

Lori mengundur sewaktu naik bukit langgar beberapa kereta di belakangnya. (gambar kecil: Azman)
Lori mengundur sewaktu naik bukit langgar beberapa kereta di belakangnya. (gambar kecil: Azman)
A
A
A

SELAYANG - [DIKEMASKINI] Lori mengundur menyebabkan 12 kenderaan termasuk sebuah motosikal mengalami kerosakan dalam kemalangan di KM16 Jalan KL-Ipoh menghala ke Rawang berhampiran Amansiara, petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, kejadian jam 3.10 petang itu, lori membawa muatan bongkah batu (batu block) itu mengalami kerosakan dan pemandunya telah memberhentikan kenderaan di lorong kiri.

Menurutnya, pemandu adalah lelaki tempatan berusia 39 tahun kemudian keluar dari kenderaan untuk mencari batu untuk dijadikan penahan ditayar sementara brek tangan lori sudah ditarik.

Insiden pelanggaran lebih sepuluh kenderaan itu dikongsikan di laman sosial Facebook Saya Sayang Batang Kali.
Insiden pelanggaran lebih sepuluh kenderaan itu dikongsikan di laman sosial Facebook Saya Sayang Batang Kali.

"Sewaktu mencari penahan batu, lori tersebut yang berada di jalan berbukit secara tiba-tiba mengundur dan melanggar 11 kenderaan di kedua-dua lorong sebelum berhenti di pembahagi tengah jalan," katanya.

Katanya, kejadian menyebabkan kenderaan dilanggar alami kerosakan teruk namun tiada kecederaan serius dilaporkan.

"Seorang penunggang motosikal mengalami luka ringan pada bahagian dahi.

"Kereta terlibat terdiri Toyota Vios, Perodua Myvi, Honda Accord, Honda City, Nissan Almera, Nissan Sentra, Toyota Camry dan Toyota Unser," katanya.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi awam yang melihat kejadian diminta tampil bagi membantu siasatan.