Kane perlu selesaikan kemelut dihadapi sebelum beraksi

Harry Kane
Harry Kane
A
A
A

PENGENDALI Tottenham Hotspur Nuno Espirito Santo mahu kapten skuad kendaliannya itu, Harry Kane dapat menyelesaikan kemelut yang membelenggu dirinya, sebelum memutuskan samada pemain berkenaan akan diturunkan pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), berdepan Manchester City, pada Ahad.

Menurut Nuno, dia mahu memastikan Kane dapat memuktamadkan keputusan sama ada mahu terus beraksi dengan skuad The Lilywhites itu ataupun menyertai The Citizens bagi mengharungi saingan musim baharu ini.

“Semua keputusan sebenarnya bukan hanya berdasarkan kepada kecergasan semata-mata, ia turut bergantung kepada beberapa aspek lain yang perlu dipertimbangkan.

“Lagi pun, pemain bola sepak bukan hanya golongan yang profesional, mereka adalah individu yang sering berdepan dengan pelbagai situasi.

“Kita semua juga begitu, kita mempunyai kehidupan masing-masing dan bila saya membuat keputusan, saya akan cuba dapatkan info sebanyak yang boleh asalkan keputusan saya itu akan memberikan kebaikan kepada pasukan,” katanya.

Kane disahkan telah menjalani latihan bersama rakan-rakan sepasukan pada Jumaat, setelah kembali daripada percutian di Bahamas dan Florida selain menjalani perintah kuarantin selama lima hari.

Dalam pada itu Nuno berkata, dia merancang untuk menurunkan Son Heung-Min dalam kesebelasan utama pada aksi berdepan City nanti.

Katanya, bintang Korea Selatan itu juga akan dibantu dengan kehadiran pemain muda Oliver Skipp yang menunjukkan peningkatan beraksi di bahagian tengah.

Artikel Berkaitan:

“Saya belum bersedia untuk menurutnkan pemain baharu seperti pemain Argentina, Cristian Romero, Bryan Gil (Sepanyol) dan peman Perancis Tanguy Ndombele kerana ia pasti tidak mudah buat mereka beraksi dengan pasukan baharu, idea baharu dan falsafah baharu.

“Bagaimanapun, saya percaya saatnya akan tiba untuk mereka ini diturunkan nanti,” katanya.