Perancis larang pukul anak

Matlamat utama undang-undang itu adalah untuk mendidik dan mengubah pandangan masyarakat tentang isu tersebut.
Matlamat utama undang-undang itu adalah untuk mendidik dan mengubah pandangan masyarakat tentang isu tersebut.
A
A
A

PARIS - PERANCIS. Parlimen Perancis meluluskan rang undang-undang mengenai 'hukuman dera' yang melarang ibu bapa memukul anak mereka.

Ia memperoleh 51 undi sokongan manakala satu menolak ketika proses pengundian pada awal pagi tadi selepas perbahasan pada lewat malam.

Ia bagaimanapun perlu dikemukakan kepada Senat untuk diluluskan.

Difahamkan, matlamat utama undang-undang itu adalah untuk mendidik dan mengubah pandangan masyarakat tentang isu tersebut memandangkan 85 peratus ibu bapa di negara terbabit menggunakan hukuman seumpama itu - BBC

Artikel Berkaitan: