X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 26 Jun 2022

Luka Bella akibat didera semakin pulih

Rina (kiri) menyampaikan cenderahati kepada penghuni Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena selepas meninjau pusat perlindungan tersebut pada Jumaat. Hadir sama Halimaton Shaadiah.
A
A

POKOK SENA - Keadaan luka di badan remaja sindrom down yang dipercayai didera di sebuah pusat kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di ibu kota pada Julai lalu kini semakin pulih dan kembali ceria.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, Bella, 13, kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berusaha memastikan tahap kesihatan dan emosinya berada dalam keadaan baik.

"Sekarang Bella sedang berada di bawah jagaan kita. Perkembangannya semakin baik, dia sudah ceria, luka-luka di badannya juga sudah semakin pulih.

"Saya juga telah berhubung dengan pihak berkuasa untuk bertanyakan status (perkembangan kes Bella) dan katanya siasatan telah dibuat dan telah selesai. Sekarang tengah menunggu tindakan daripada pihak pendakwa raya untuk meneruskan kes ini," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Anak istimewa disyaki didera di rumah kebajikan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar ketika diminta mengulas tentang perkembangan kes Bella selepas melawat Rumah Kanak-Kanak Pokok Sena, Mukim Gajah Mati dekat sini pada Jumaat.

Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Kebajikan dan Masyarakat Kedah, Halimaton Shaadiah Saad.

Rina turut menggesa pihak berkuasa membawa pelaku ke muka pengadilan dengan segera dan dapat dijadikan pengajaran kepada orang lain.

Pada 13 Julai lalu, media melaporkan polis mengesahkan kertas siasatan kes remaja sindrom down dipercayai didera telah dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi penelitian pihak pendakwaan.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, pihaknya turut mengemukakan beberapa cadangan untuk penilaian berhubung kes terbabit.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!