X

Kindly register in order to view this article
!

Tular rakaman wanita tanpa pelitup muka bergaduh dengan 'pak guard'

Rakaman seorang wanita tanpa memakai pelitup muka bergaduh dengan pengawal keselamatan tular di media sosial sejak Khamis.
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita tanpa memakai pelitup muka bergaduh dengan pengawal keselamatan kerana dilarang memasuki sebuah pasar raya di Kampung Jawa, dekat sini.

Insiden berdurasi satu minit 17 saat itu tular di laman sosial sejak Khamis.

Berdasarkan rakaman itu, kelihatan seorang pekerja wanita dan seorang lelaki cuba meleraikan pergaduhan tersebut.

Lelaki berkenaan meminta wanita yang tidak memakai pelitup muka itu agar keluar daripada pasar raya berkenaan, namun wanita tersebut memberi alasan mahu membeli barang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan memaklumkan, setakat ini pihaknya belum menerima laporan mengenai kejadian itu.

"Kejadian pergaduhan itu dipercayai disebabkan perselisihan faham kerana wanita itu tidak memakai pelitup muka dan cuba ditahan pengawal keselamatan tersebut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!