Helikopter bawa 13 pelancong terhempas di Rusia

Gambar fail menunjukkan helikopter Mi-8 iaitu model yang sama terhempas di Kamchatka. - Foto Getty Image
Gambar fail menunjukkan helikopter Mi-8 iaitu model yang sama terhempas di Kamchatka. - Foto Getty Image
A
A
A

MOSCOW - Sebuah helikopter dengan 16 orang yang menaikinya termasuk 13 pelancong terhempas di Kamchatka di timur jauh Rusia pada Khamis, kata kerajaan tempatan dalam satu kenyataan.

Helikopter itu jatuh di Tasik Kuril di kawasan simpanan semula jadi, kata kenyataan tersebut.

Menurut maklumat awal, terdapat tiga kru dan 13 penumpang berada di dalam helikopter tersebut dengan kesemua penumpang ialah pelancong, kata kenyataan berkenaan.

Anggota-anggota penyelamat dan penyelam bergegas ke tempat kejadian untuk mencari mangsa-mangsa yang terselamat.

Menurut satu sumber kementerian kesihatan tempatan, sembilan orang berjaya diselamatkan.

Sumber itu memberitahu agensi berita Interfax bahawa operasi menyelamat sedang diteruskan.

Rangkaian Telegram Baza memberitahu kesemua penumpang itu menaiki helikopter Mi-8. - Agensi

Artikel Berkaitan: